Checklist Persediaan Anak-anak ke Prasekolah sebagai panduan:

Checklist persediaan anak-anak ke prasekolah sebagai panduan:


1. Labelkan barang anak dan pastikan anak mengenali nama sendiri. 

Ini penting supaya mereka dapat kenal pasti barangan sendiri yang dah kita label.




2. Label kasut dan label nama pada pakaian sekolah anak-anak supaya tidak tertukar dengan kawan-kawan.


3. Pastikan anak tahu nama ibu dan ayah, serta alamat / nama kawasan rumah.


4. Pastikan anak boleh menguruskan diri bila ke tandas. 

Ini termasuk memberitahu cikgu nak ke tandas, membuka dan memakai semula seluar, serta membuka pintu bilik air yang berkunci dari dalam.

Pesan setiap hari pada anak kalau nak buang air kecil atau air besar bagitahu pada cikgu. Laung kuat kuat atau terus ke tandas. Good sangat. 🥰

5. Latih anak-anak untuk pakai kasut sendiri. Pastikan kasut mudah dipakai oleh anak-anak samaada kasut hitam bersarung atau berzap.



6. Pandai menyimpan semula peralatan menulis. 

Nampak remeh kan. 

Tapi kalau dibiasa-disiplinkan, 

insya Allah kita pun tak pening asyik berulang-alik ke DIY belikan semula alat tulis yang hilang.


Dan jangan lupa pesan pada anak, 

jangan ambil terbawa balik barang kawan.


7. Atur waktu tidur anak supaya mereka tidak mengantuk pada sesi persekolahan. 

Latihan ni mungkin mengambil masa sehingga sebulan, 

terutama untuk anak yang tak biasa bangun awal pagi.


8. Atur semula waktu tidur bermakna waktu makan juga perlu diatur. 

Pastikan anak tidak mulakan sesi persekolahan dalam keadaan perut yang kosong.

Untuk anak yang ada alahan makanan tertentu, jangan lupa pesan pada pihak sekolah,

dikhuatiri anak termakan makanan yang dia tak boleh makan.

9. Pastikan anak menguasai asas skill sosial dan komunikasi, 

sebagai contoh menyapa kawan baru, memperkenalkan diri, 

berkongsi, mengikut giliran 

dan menyatakan keinginan.

10.Pastikan anak anak sudah biasa dengan mencuci tangan dengan betul sebelum dan selepas buat sesuatu perkara. Potong kuku sangat penting.

11. Bantu anak catch up/ kuasai silibus pelajaran. Bimbing anak-anak membaca dirumah.

Bantu anak kuasai membaca adalah paling asas dan utama sekali kerana ia membantu anak kuasai matapelajaran lain

12. Untuk anak yang belum pernah berpisah dengan ibubapa, bulan pertama adalah saat yang sangat getir dan menguji kesabaran.Awal-awal mmg takut.Lama-lama seronok!"


Previous Post Next Post